Friday, October 29, 2010

MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada minggu ini kita dideahkan dengan satu lagi muzik iaitu muzik atau tarian singa. semasa pembelajaran berlangsung semua pelajar memberikan perhatian yang baik dan kerjasama yang bagus. hal ini kerana muzik ini sungguh unik dan sebelum ini kita sebagai pelajar yang bukan dari jurusan muzik tidak terdedah dengan ilmu-ilmu begini. kali pertama menyaksikan video berkenaan dengan tarian singa amat mengujakan diri kami. saya sendiri amat tertarik dengan seni tarian singa yang dipersembahkan melalui video yang telah di paparkan oleh pensyarah.
Secara keseluruhannya, pembelajaran yang berlangsung selama 14 minggu ini banyak memberikan pengalaman serta ilmu yang berguna kepada pelajar. bermula dengan penciptaan blog, mencari bahan untuk tugasan serta dipersembahkan dalam bentuk pembentangan. memang pada awalnya kerja yang diberikan amat membebankan kerana kami terpaksa membahagikan masa untuk tugasan subjek lain juga. namun, dengan semangat kerjasama dalam kumpulan dan kelas segala tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan puas hati. sementara pembinaan blog yang merupakan salah satu tugasan yang sangat berkesan dan menarik kerana para pelajar dapat berkomunikasi selain mengakses maklumat secara bersama melalui siber yang diciptakan. pengalaman sebegini merupakan pengalaman yang pertama diperolehi sepanjang belajar di UPSI.
Peranan pihak pensyarah juga sangat membantu pelajar khususnya berkenaan dengan penciptaan blog kerana kebanyakan pelajar tidak mengetahui cara untuk membuat blog pada mulanya. namun begitu, dengan kerjasama dan keserasian antara pelajar dan pensyarah membuatkan sistem P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. di samping itu, input atau ilmu berkenaan dengan muzik tradisional yang telah diberikan oleh pensyarah amat berguna untuk dikongsi bersama.
Kesimpulannya, sepanjang belajar kursus ini banyak memberikan pengalaman yang sangat berguna walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang menghabiskan 14 minggu ini. Namun, pengalaman ini seterusnya akan digukan di alam ppekerjaan kelak.

1 comments:

24support on December 25, 2018 at 3:26 AM said...

Unable to receive the coin in Binance

Do you invest in Bitcoin through Binance? Sometimes users are unable to receive the coin due to server errors. Are you also into same dilemma? Do you need an expert's advice? Binance customer service+1800-665-6722 is the best place to reach out and Binance toll free number is the ticket to reach them. Dial the number to get all the solutions at one place and enjoy the best services from the best professionals. They highly professional attitude is what makes everything easy for the users.
Visit:- http://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template