Friday, October 15, 2010

MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI

Pada minggu ini berakhirlah sesi pembentangan kesemua pelajar muzik tradisonal malaysia smp2252. terdapat dua kumpulan akhir yang membentangkan tugasan mereka iaitu kumpulan muzik opera cina dan wayang po tehi serta muzik tadisional sabah dan sarawak. kumpulan muzik opera cina mempersembahkan hasil kerja mereka dengan sangat baik dan bagus kerana dapat berkonsi ilmu dan pengalaman secara kolebratif antara kumpulan dan rakan pelajar yang lain. isi-isi yang dibentangkan juga legih tepat berbanding dengan pembentangan kumpulan mereka sebelum ini. selain ini, kajian lapangan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini banyak membantu dalam menghasilkan tugasan dengan lebih baik. video-video yang dipersembahkan sangat menarik minat pelajar untuk bersama belajar tentang muzik ini. secara keseluruhannya, kumpulan ini sangat baik dari segi persembahan isi tugasan. namun, dari segi bahasa dan percakapan menunjukkan mereka masih lagi berada pada tahap yang rendah kerana tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa melayu standart dengan betul. walaubagaimanapun, ilmu dan info yang berguna dapat dikongsi dengan pelajar lain dengan baik.
Sementara itu, kumpulan kedua pula telah membentangkan muzik tradisional sabah dan sarawak. kumpulan ini terdiri daripada 4 orang pelajar perempuan yang semuanya daripada major pendidikan muzik. persembahan mereka tidak begitu menarik secara keseluruhannya kerana tidak dapat menguasai sepenuhnya tentang apa itu muzik sabah dan sarawak secara keseluruhannya. banyak info dan maklumat yang tidak disentuh secara terperinci. tetapi dari segi isi dan muzik yang dipersembahkan boleh juga dikongsi dan digunkan untuk peperiksaan kelak.
sebagai kesimpulannya, kedua-dua pembentangan ini banyak menjurus kepada contant yang dikehendaki oleh pihak pensyarah. walaupun ada sebahagian kecil tidak disentuk secara keseluruhan, namun pihak pensyarah telah membantu dengan memperbetulkan isi atau maklumat yang menyeleweng. jadi, keseluruhan pembentangan ini amat menarik dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template