Sunday, July 25, 2010

MINGGU 2: JURNAL REFLEKSI


Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan subjek yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat bertepatan selaras dengan perkembangan teknologi pesat pada hari ini. Sejak mengikuti kursus Muzik Tradisional Malaysia ini pengetahuan saya semakin bertambah dan minat saya terhadap muzik juga semakin memuncak. Dalam kuliah yang kedua saya telah menimba ilmu berkenaan dengan sounscape, sejarah muzik tradisional, budaya muzik, alatan muzik dan struktur atau konsep muzik tradisional.

Melalui sesi pembelajaran dalam kuliah yang lepas saya telah didedahkan dengan teknik pendengaran iaitu untuk membezakan antara bunyi, muzik dan melodi. Pendekatan yang digunakan oleh pensyarah telah memberikan ilmu yang berkesan kerana selepas pembelajaran saya dapat membezakan elemen bunyi yang sebelum ini saya tidak ketahui. Video yang ditunjukkan sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pemahaman saya terhadap pembelajaran ini.

Oleh yang demikian, daripada apa yang dipelajari saya telah dapat mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dengan melodi, ritma , harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi tersebut dalam muzik tradisi orang melayu Kelantan seperti dikir barat. Dikir barat merupakan muzik yang unik dan menarik. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Antara alatan muzik yang digunakan dalam persembahan dikir barat ialah rebana, gong, marakas, canang, gendang dan sebagainya.



0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template