Sunday, August 1, 2010

MINGG 3: JURNAL REFLEKSI


Dalam sesi pembelajaran kuliah minggu ketiga, telah memberikan pendedahan yang sangat berguna kepada pelajar. Aspek penting yang ditekankan berasaskan kepada 3 objektif iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional dan ciri- ciri muzik tradisional. Dalam kuliah ini, pelajar diperjelaskan tentang perspektif adaptasi yang memberikan erti penyesuaian atau pengaruh budaya tersendiri dalam sesuatu muzik seperti Ghazal Phati di Malaysia dan Orkes gambus di Indonesia. Manakala idiosinkretik pula ialah ciri dan gaya muzik yang tersendiri serta sulit. Dalam klasifikasi alat- alat muzik terbahagi kepada budaya muzik cina, india dan barat. Budaya cina menekankan 8 asas alat muziknya iaitu logam, batu, kain, kayu, tanah, kulit labu kering dan buluh. Manakala india pula terdiri daripada gong, simbal, loceng, gendang, alat bertali dan alat tiupan. Kategori alat muzik barat pula ialah idiofon, membanofon, erofon dan kordofon. Selain itu, alat muzik barat juga terdiri daripada perkusi, bertali dan tiupan. Muzik tradisional Malaysia terdiri daripada tradisi besar dan tradisi kecil. Tradisi besar merangkumi adat atau budaya dari istana yang dimainkan untuk golongan bangswan dalam istana. Manakala tradisi kecil pula adalah budaya rakyat atau orang biasa. Terdapat enam ciri asas dalam muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama yang terdiri daripada makyung dan wayang kulit, bentuk tarian utama seperti kuda kepang, ensemble genderang seperti kompang dan dabus, vokal dan instrument solo seperti seruling dan nadat, ensemble social popular seperti dondang sayang dan ensemble lain seperti hadrah dan ghazal. Melalui pembelajaran ini saya dapat membezakan ciri- ciri muzik tradisional yang ada di Malaysia. Antara muzik yang menarik minat saya ialah makyung kerana ianya sangat unit dan menarik. Pakaian yang dikenakan semasa mempersembahkan makyung sangat menarik perhatian dan bentuk tariannya juga mampu memberikan kepuasan kepada penonton yang melihatnya. Namun, dengan pemodenan hari ini muzik makyung telah agak ketinggalan dan tidak menarik minat anak muda zaman kini. Namun begitu, dengan usaha dan pendekatan yang dimainkan mampu membuka mata remaja bahawa pentingnya menjaga budaya dan kesenian yang ada supaya tidak lapuk ditelan zaman.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template