Sunday, September 26, 2010

MINGGU 9: JURNAL REFLEKSI

Dalam kuliah minggu yang ke-9 terdapat 2 lagi kumpulan yg membentangkan hasil tugasan mereka iaitu berkenaan dengan ghazal dan opera cina atau po te hi. Kumpulan pertama telah membentangkan muzik ghazal yang mana dijelaskan terdapat 2 jenis ghazal iaitu ghazal pathi dan ghazal johor. Ghazal pathi banyak terdapat di sebelah utara dan element yang terdapat dalam ghazal pathi diselitkan dengan unsur lawak serta tarian manakala ghazal johor pula lebih ke arah asli atau tradisional. Kumpulan ini mempersembahkan tugasan mereka dengan baik walaupun terdapat maklumat atau fakta yang sedikit bercanggah dengan alat muzik ghazal yang sebenar. Namun begitu, audience kelihatan tertarik dengan beberapa video yang dipersembahkan kerana dapat membezakan dengan lebih jelas tentang kedua- dua jenis ghazal ini. Walau bagaimanapun, kumpulan ini diberikan peluang sekali lagi oleh pihak pensyarah untuk membentangkan semula hasil tugasan mereka setelah selesai menjalankan kajian lapangan berkenaan dengan ghazal. Diharapkan dengan maklumat dan ilmu yang telah dikutip sepanjang menjalankan kajian tersebut dapat dikongsi dan bersama rakan kuliah yang lain dan semoga pembentangan pada kali yang kedua ini lebih baik dari sebelumnya.

Sementara itu, kumpulan kedua juga menghadapi masalah yang lebih kritikal apabila tugasan mereka tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan menyebabkan maklumat yang dibentangkan agak tersasar dan menyeleweng dari maksud sebenar tarian opera cina. Pada permulaannya, pengertian opera cina dijelaskan dengan baik tetapi apabila masuk tentang content muzik ini segala maklumat yang ditunjukkan tidak memberi kepuasan kepada pensyarah dan rakan- rakan yang lain. Namun begitu, kumpulan ini juga diberikan peluang untuk membentangkan tugasan mereka sekali lagi pada minggu seterusnya. Diharapkan, kumpulan ini lebih bersedia dari segi bahan yang diperolehi serta cara penyampaian yang lebih berkesan. Secara keseluruhannya, kedua- dua muzik ini amat menarik tetapi disebabkan oleh kekangan maklumat yang disampaikan menyebabakan saya dan juga pelajar yang lain tidak dapat berkongsi ilmu dengan sempurna.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template