Dalam kuliah minggu yang ke lapan ini, satu lagi kumpulan telah membentangkan hasil tugasan mereka. Kumpulan ini membentangkan berkenaan dengan muzik boria. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat dikutip daripada pembentangan ini. Daripada pembentangan ini, kami dapat berkongsi sejarah boria yang dikaitkan dengan kisah dan tauladan cucunda baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu Hussain yang telah dibunuh dengan kejam dalam siri peperangan di karbala. Muzik boria ini dikatakan adalah untuk memperingati kematian hussain dan kesengsaraan dalam sejarahnya.
Sementara itu, kumpulan ini telah menyediakan beberapa klip video yang berkenaan dengan boria. Klip video tersebut adalah untuk membezakan boria di negeri- negeri tertentu. Saya dan rakan- rakan yang lain amat teruja dan berminat dengan kesungguhan dalam sesi pembentangan pada kali ini. Input dan maklumat yang disediakan oleh kumpulan pembentang sangat berguna dan dapat dikongsi bersama dalam suasana pembelajaran. Selain itu, blog kumpulan boria juga amat menarik dan cantik selain kandungan isinya yang sangat bermanafaat.
0 comments:
Post a Comment