Pada minggu ini dua kumpulan telah membentangkan tugasan yang bertajuk muzik klasik india dan muzik orang asli atau sewang. semasa kumpulan pertama membantangkan muzik klasik india info dan maklumat yang diberikan sangat berguna dan manarik. muzik india merupakan sebuah karya muzik yang dipandang tinggi nilai dan seninya. dalam muzik ini alat muzik utama yang digunakan ialah tabla, gendang, serunai di samping alat muzik yang lain. semasa pemuzik ini memainkan alunan muzik mereka dikatakan bagaikan diserap dengan semangat spiritual kerana dapat menghayati dengan penuh perasaan semasa persembahan dilakukan. kumpulan ini mempertontonkan beberapa video yang menarik minat pelajar-pelajar lain untuk bersama berkongsi ilmu tentang muzik india. muzik india di malaysia pula kebanyakkannya digunakan dalam upacara rasmi maysrakat india seperti majlis keagamaan, majlis pernikahan dan upacara-upacara lain dikuil. kumpulan ini telah menjalankan kajian lapangan iaitu di kuil Batu Caves Kuala lumpur dan hasil rakaman yang ditunjukkan memberi pengalaman baru kepada mereka dan juga kepada pelajar yang lain kerana sebelum ini tidak pernah melihat sendiri persembahan muzik dari kalngan masyarakat india. secara keseluruhannya, pembentangan ini sangat baik dan berkesan.
Kumpulan kedua pula membentangkan tentang muzik orang asli atau sewang. pembentangan dari kumpulan ini sangat menarik dan menunjukkan mereka mempunyai kefahaman yang mendalam tentang muzik sewang. menurut kumpulan ini sewang pada asalnya digunakan untuk upacara mengubati penyakit dan menghalau makhluk jahat yang ada dikampung atau kawasan mereka. sewang dilakukan oleh seorang ketua yang ataupun dukun disamping dengan penduduk kampung yang lain. apabila upacara ini dijalankan dukun tersebut dikatakan akan dirasuk oleh roh yang dikatakan datang untuk menbantu pesakit. walaupun begitu, dengan perkembangan dan pemodenan arus perdana, masyarakat orang asli pada masa kini tidak lagi mengamalkan upacara sewang sebaliknya telah pergi ke hospital untuk mengubati penyakit. Namun begitu, sewang kini dilakukan sebagai suatu simbol kebudayaan orang asli yang menjadi salah satu keunikan masyarakat malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Secara keseluruhannya, kedua-dua kumpulan ini telah mempersembahkan tugasan mereka dengan baik sekali. Dengan ilmu dan info yang kongsi diharap dapat dimanfaatkan bersama. Oleh itu, diharapkan kumpulan yang belum membentangkan tugasan mereka dapat mencontohi kumpulan ini dan dapat melakukan pembentangan yang lebih baik.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment