Wednesday, October 6, 2010

MINGGU 11: JURNAL REFLEKSI


Dalam minggu ke-11 ini, kumpulan yang membuat tugasan berkenaan dengan Ghazal diberikan peluang sekali lagi untuk membentangkan hasil tugasan mereka setelah melaksanakan kajian lapangan. sepanjang pembentangan tersebut, beberapa kesalahan dan kesilapan yang dilakukan dalam minggu yang lepas telah diperbetulkan. pada kali ini, info dan maklumat yang diperjelaskan lebih tepat dengan hasil kajian lapangan yang telah dilakukan. sebagaimana yang dikatahui, ghazal terbahagi kepada dua iaitu ghazal parti dan ghazal johor. ghazal parti ini terkenal di bahagian utara seperti pulau pinang. manakala, ghazal johor pula terdapat dijohor. terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua ghazal ini iaitu dari segi persembahan, alat muzik, lagu dan irama serta cara penyampaiannnya.

Dalam ghazal johor, cara persembahannya dikatakan dilakukan secara duduk dan lebih ke arah sopan santun yang mana penyanyi duduk bersimpuh dan pemain alat muzik duduk bersila. kebanyakan lagu yang disampaikan berbentuk asli dan alat muzik ghazal johor ada sesetengahnya tidak digunakan dalam ghazal parti. sementara itu, dalam ghazal parti, persembahannya diiringi dengan tarian dan lawak untuk menarik minat penonton. persembahan pula dilakukan secara berdiri dan lagu-lagu nya lebih ke arah Arab dan Hindudstani. salah satu alat muzik yang berbeza dalam kedua-dua ghazal ini ialah bonggo yang digunakan dalam muzik ghazal parti manakala dalam ghazal johor digunkan tabla. mengikut kumpulan ini, terdapat 3 kategori nyanyian lagu ghazal iaitu patah lagu, masuk lagu dan mengalun lagu yang mesti dilakukan semasa nyanyian ghazal ini dipersembahkan.

Semasa pembentangan ini dilakukan terdapat pelajar-pelajar dari SMK Malim, Melaka yang datang sebagai lawatan mereka. pelajar dan guru-guru pengiring berkesempatan menyaksikan pembentangan ini dan mereka juga diberikan peluang untuk mengemukan soalan kepada ahli panel. kesemua soalan dan pertanyaan dapat dijawab dengan baik oleh pembentang. secara keseluruhannya, pembentangan pada kali ini lebih baik dan berkesan dan segala info yang diberikan dapat memberi kefahaman kepada semua pelajar.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template