Tuesday, August 24, 2010

minggu 7: jurnal refleksi


Bagi jurnal refleksi untuk minggu ke-7 ini berkisar tentang pembentangan yang telah dilakukan oleh 2 kumpulan iaitu berkenaan dengan sejarah muzik tradisional dan muzik zikir. Kumpulan pertama telah membentangkan tugasan mereka dengan baik sekali. Segala isi dan maklumat yang terdapat dalam hasil kerja amat membantu semua pelajar yang sebelum ini tidak mengetahu secara terperinci berkenaan dengan sejarah asal muzik tradisional. Dalam pembentangan tersebut, kumpulan ini menjelaskan tentang konsep dan perkembangan muzik tradisonal pada awalnya. Kemudian beralih kepada pengaruh- pengaruh muzik yang terdapat di dunia iaitu pengaruh barat, china, timur tengah dan kepulauan melayu lama. Akhir sekali kumpulan ini menjelaskan tentang alat muzik yang dibawa oleh pengaruh luar. Pergerakan muzik tradisional bermula dari benua asia ke kepulauan pasifik iaitu sekitar 3000sm. Muzik dimainkan untuk upacara riyual tertentu dpada masa tersebut. Alat muzik yang paling tua ialah seruling yang diperbuat daripada tulang-tulang. Perkembangan muzik di tanah melayu dibawa oleh pedagang atau pengembara yang datang untuk berdagang disini seperti pedagang dari timur tengah, china, indai dan sebagainya. Empat jenis alat muzik utama ialah kordofon, membranofon, aerofon dan ideofon.

Sementara itu, kumpulan kedua pula membentangkan tentang muzik zikir. Terdapat 4 kategori yang dibincangkan iaiatu berkenaan dengan sejarah dan pengertian zikir, pengaruh dari sudut agama, upacara yang melibatkan zikir dan zikir dari segi muzikal. Zikir bermaksud mengingati Allah dengan apa sahaja cara asalkan ia dibolehkan oleh syarak dan dilakukan samaada dengan perbuatan atau hati. Zikir terbahagi kepada 2 jenis iaitu zikir qalbi atau zikir yang dilakukan dengan hati dan zikir lisani atau zikir yang dilakukan dengan lidah atau perbuatan. Sejarah kedatangan zikir ini bermula seiring dengan kedatangan agama Isalam di tanah melayu iaitu abad ke 7 masihi. Kumpulan ini menekankan aspek muzik yang terdapat dalam zikir. Melalui pembentangan ini, zikir tidak hanya tertumpu kepada melakukannya secara statik atau iringan selepas solat sahaja tetapi zikir boleh dipelbagaikan penggunaannya seperti dalam majlis seperti sambutan hari kemerdekaan dan majls rasmi yang lain.

Secara kesimpulannya, kedua- dua kumpulan ini membentangkan hasil tugasan mereka dengan baik sekali dan menunjukkan mereka faham dengan apa yang dibentangkan. Selain itu, ilmu dan pengaran yang dikongsi ini dapat digunakan dan diamalkan bersama dalam konteks mencari pengetahuan.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template