Saturday, August 21, 2010

MINGGU 6: JURNAL REFLEKSI

Dua lagi jenis muzik tradisional yang telah dipelajari oleh pelajar pada kuliah minggu ke enam iaiti muzik mak yong dan kompang. Pembelajaran pada sesi ini amat menarik kerana pelajar perlu memberikan perbezaan kepada beberapa video yang dipersembahkan yang berkaitan dengan mak yong, manora dan mek mulong. Dalam hal ini pelajar dapat membezekan video- video tersebut dengan baik. Terdapat 3 aspek yang ditekankan iaitu sejarah mak yong, persembahan dan alat muzik dan muzik mak yong dari segi bentuk, melodi dan irama. Mak yong merupakan salah satu daripada kategori drama tari atau seni lakon utama yang menekankan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Lakonan dan jalan cerita mak yong mengisahkan penceritaan seperti cerita rakyat yang bertajuk Dewan Muda. Sejarah mak yong berasal daripada Pattani Thailand dan berkembang di semenanjung Malaysia dan Indonesia sekitar 200 tahun lampau iaitu di bawak Pemerintahan Sultan Mohammad ke-4. persembahan mak yong terbahagi kepada dua iaitu bertujuan untuk upacara ritual dan tujuan persembahan. Dalam upacara ritual mak yong dipersembahkan melalui main puteri yang bertujuan menyembuhkan penyakit tertentu dan dilakukan di atas tanah atau bukan dipentas. Sementara tujuan pesembahan pula, mak yong dipersembahkan dengan konsep theare in the round iaitu mempunyai pentas yang berda ditengah- tengah penonton. Cerita mak yong berasaskan cerita rakyat dan terdapat lebih kurang 11 cerita dan dipersembahkan melalui nyanyian, dialog, tarian yang diiringi dengan muzik. Antara lagu mak yong yang popular ialah mengadap rebab, kijang emas dan lagu sindung. 3 instrument atau alat muzik penting mak yong ialah rebab 3 tali, gendang dan tetawak.

Sementara itu, kompang pula berasal daripada arab atau timur tengah yang juga dikenali sebagi daff, duff, dufuf, tar atau bendir. Kompang terdiri daripada alat muzik memberanofon yang perlu diketuk atau dipalu. Fungsi kompang ialah meraikan majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis maulidur rasul dan majlis rasmi yang lain. Muzik kompang dibawak ke tanah melayu ekoran daripada migrasi masyarakat jawa ke tanah melayu. Permainan kompang mempunyai adab yang tertentu seperti dari segi pakaian, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Antara alat muzik kompang ialah belulang iaitu kulit kambing betina dan belulang baluh iaitu kulit kayu nangka. Perkembangan kompang pada hari ini dilihat sangat meluas apabila kompang digunakan dalam pelbagai majlis sama ada rasmi ataupun tidak. Selain itu, kompang juga telah diberikan pembaharuan iaitu dengan mewujudkan persmbahan kumpulan kompang yang disertai dengan tarian. Pertandingan kompang di peringkat sekolah- sekolah juga merupakan usaha besar dalam memartabatkan muzik kompang untuk generasi muda yang bakal menjadi pelapis kepada pembangunan Negara. Dalam sesi kuliah ini, pelajar berkesempatan untuk bermain kompang bersama rakan- rakan kuliah. Pensyarah mengajar 3 jenis irama kompang iaitu asli, inang dan perarakan dan pelajar dapat memainkan kompang dengan baik. Oleh itu, saya sangat teruja dan sangat gembira kerana dapat bermain kompang yang sebelum ini hanya melihat persembahan kompang. Oleh itu, pengalaman bermain kompang merupakan pengalaman baru yang sangat menarik.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template