Friday, August 6, 2010

MINGGU 4: JURNAL REFLEKSI


Dalam kuliah minggu ke empat ini pelajar didedahkan dengan muzik tradisional wayang kulit. Aspek atau objektif yang ditekankan ialah jenis awing kulit,, alat- alat muzik wayang kulit dan perbezaan wayang kulit. Seni wayang kulit merupaka muzik tradisional orang melayu yang amat menarik dan jika dikaji secara terperinci muzik wayang kulit mampu mamartabatkan kesenian warisan orang melayu. Wayang kulit adalah salah satu daripada jenis muzik seni lakon atau dramatari yang mana persembahannye akan diiringi oleh alat muzik tertentu. Wayang kulit terdiri daripada empat jenis iaitu wayang kulit jawa, wayang gedek, wayang kulit melayu dan wayang kulit Kelantan. Kesemua persembahan wayang kulit akan di ketuai oleh dalang atau pemain utama mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan. Jalan cerita persembahan wayang kulit juga banyak dipengaruhi oleh unsure epik Ramayana dan mahabrata dan pemain wayang kulit haruslah mahir dalam kesemua epik atau cerita untuk dipersembahkan kepada penonton.

Patung wayang kulit yang direka khas mewakili watak masing- masing dalam epik kepahwalan zaman dahulu kala. Terdapat perbezaan tertentu dalam jenis wayang kulit antaranya ialah wayang kulit jawa menggunakan bahasa jawa dan patungnya dapat digerakkan kedua belah tangannya. Manakala wayang kulit gedek menggunakan lorat utara dan lebih berunsurkan kepada pattani atau Tahiland. Wayang kulit kelantan pula menggunakan bahasa kelantan dalam persembahannya dan hanya sebelah tangan patung digunakan oleh wayang kulit kelantan dan wayang kulit gedek. Antara alat muzik yang digunakan ialah serunai, geduk, gedombak, canang, kesi, gendang, rebab, tetawak dan sebaginya.

Antara kesemua jenis wayang kulit ini, saya lebih tertarik kepada wayang kulit kelantan kerana banyak unsur pengajaran dan unsur humor yang dipaparkan. Setiap persembahan yang dipersembahkan memberikan kepuasan kepada penonton dan dapat menghidupkan suasana lucu dan gembira. Watak peran yang dilakonkan menyababkan penonton tidak kering gusi untuk melihat persembahan wayang kulit ini.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template