Saturday, August 14, 2010

MINGGU 5: JURNAL REFLEKSI


Dalam kuliah yang kelima pelajar telah didedahkan dengan salah satu lagi muzik tradisional iaitu muzik gamelan dan cak lempong. Pada kali ini sesi pembelajaran amat menarik kerana pelajar dapat mendekati dengan lebih dekat cara memainkan muzik gamelan oleh rakan- rakan daripada program muzik. Terdapat 3 aspek penting yang dipelajari dal muzik gamelan iaitu sejarah dan jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Gamelan dikatakan berasal daripada jawa yang memberikan maksud dipukul atau ditabuh. Hal ini kerana muzik gamelan dibunyikan dengan cara dipukul atau ditabuh. Alat muzik utama gamelan terdiri daripada gong dan kemudiaannya bertambah mengikut peredaran zaman.
Terdapat 2 jenis gamelan iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan melayu juga dikenali sebagai gamelan Terengganu dan dimainkan apabila adanya upacara seperti perkahwinan, majlis rasmi diraja dan sebagainya. Antara lagu atau repertoire gamelan melayu yang popular ialah timang burung, lambang sari, togok dan perang monggok. Sementara itu gamelan jawa pula berasal daripada jawa tengah yang dibawa oleh orang jawa ketika penjajahan orang eropah. Antara kesian dalam gamelan jawa disertai dengan tarian, wayang kulit pruwa dan tarian kuda kepang. Sementara itu, antara alat muzik gamelan ilah gong, kenong, bonang barong, saron, gambang dan gendang.
Notasi gamelan telah mula berkembang sejak abad ke 19 apabila ia mula menggunakan sistem nombor untuk memudahkan pemain muzik memainkan lagu gamelan ini dan sistem ini dikenali sebagai sistem kepatihan yang digunakan sehingga ke hari ini. tekstur juga dikenali sebagai polifoni yang memerlukan seseorang pemain muzik terbesut mempunayai kemahiran dan kepekaan terhadap tekstur keseluruhan.
Muzik cak lempong pula terdapat di daerah lenggeng, kuala Pilah, Negeri Sembilan yang juga dikenali sebagi telempong, tak lempong atau talempong. Muzik cak lempong adalah untuk mengiringi nyayian, tarian lilin, silat, majlis keramaian dan sebaginya. Alat muzik cak lempong terdiri daripada bonang, gerenteh, tangkah, sauwa, gendang, bangsi dan serunai. Kedua2 muzik ini amat unit sekali dipelajari dan pelajar begitu kagum dengan keunikan alunan muzik yang dimainkan. Oleh itu, diharapkan pengekalan kepada muzik tradisional dapat diteruskan supaya generasi akan datang dapat mengenali muzik ini yang melambangkan keunikan orang melayu.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan a

blog pelajar kumpulan b

Blog pelajar kumpulan c

SMP 2252 ROSMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template